Selamat Tinggal Smasra Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Selamat Tinggal Smasra Slideshow Slideshow ★ to Alor Gajah (near Kampong Masjid Tanah). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor
Sunday, July 28, 2013
Unexpected Trip 2 Broga Hill Slideshow Slideshow
Unexpected Trip 2 Broga Hill Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Unexpected Trip 2 Broga Hill Slideshow Slideshow ★ to Selangor. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor
Posted by Unknown at 8:37 PM 0 comments
Monday, July 22, 2013
Sahabat...^_^
JIKA BERSAHABAT..
✿~ Jika bersahabat kerana Allah, jagalah KEAIBANNYA dan jangan merendahkan dirinya..
✿~ Jika bersahabat kerana Allah, NASIHATILAH dia dan bersedia MENERIMA nasihatnya..
✿~ Jika bersahabat kerana Allah, MAAFKANLAH dirinya..
✿~ Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah KELEMAHAN dan SIKAPNYA, seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum..
Jika kamu mengidamkan seorang SAHABAT SEJATI, maka BERUSAHALAH menjadi sahabat sejati kepada orang lain..InsyaAllah…♥
>>
♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak,
♥ Dlm 2 hati, Allah berikan 3 rasa = sayang,kasih & cinta...
♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan, berteman, berkawan & bertemU/bErsama...
♥ Dlm 4 tujuan itu,tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi,
♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai & mengingati.
♥ Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu "SAHABAT.." :)
aq hrp korng sudi maafkn aq kalo aq ader wat slah aper2 kat korng......n aq hope prshbtn kiter ni akn kekal smpai ke ank cucu.....amin....

Posted by Unknown at 2:23 AM 0 comments
PERPISAHAN YG MEMBAWA REDHA ILAHI
-Hati ini terdetik,mengapa perlunya Perpisahan diatas Pertemuan yg indah ini..
-Pertemuan yg mengulit Sejuta Kenangan..
-Pertemuan yg menjalinkan Ukhuwah Persahabatan..
-Pertemuan yg mewujudkan Kasih Sayang..
-Pertemuan yang menjadi Idaman setiap insan..
-Pertemuan yg membawa keredhaan Ilahi..
-Namun Sahabat,perlu kita sedari..
-Setiap Pertemuan itu,pasti wujudnya Perpisahan..
-Mungkin Perpisahan yg membawa kpd Kebaikan..
-Perpisahan yg mengeratkan tali Persaudaraan...
-Perpisahan yg menyedarkan kita betapa pentingnya Persahabatan..
-Perpisahan yg membawa Keredhaan Ilahi...
-Perpisahan yg membawa Perubahan ke jalan yg Benar..
-Diharapkan Perpisahan yg terjadi antara kita akan menguatkan ukhuwah antara kita..
Never forget Me n Allah..
Will miss U always My Friends..

Posted by Unknown at 2:18 AM 0 comments
Wednesday, July 17, 2013
Peristiwa Hari Kebangkitan
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Posted by Unknown at 7:58 PM 0 comments
Saturday, July 13, 2013
Ziarah Sahabat2 Mujahadah..^_^
Assalamualaikum...
Alhamdulillah ana panjatkan kehadrat Ilahi kerana dgn limpah Rahmat dan KurniaNya ana diizinkan untuk pulang ke Melaka setelah sebulan di perantauan(sebulan jer pown..bkan lame maner..hehe)..mmg gembira saat dpt menjejakkan kaki ke rumah..bersyukur sgt2..
Keesokan nya ana menziarah sahabat2 ana di SMASRA yg akn menduduki peperiksaan STAM..awal gler time ana smpai 2..dlm pukul 8 lebih(kerja gile datang awal2..==') haha..ana bukan nyer saje2 nk dtg awal2..abang ana yang hendak pergi kerja..excatly,ana just tumpang die jer sebab tempat kerja die dalam daerah sekolah tu jgak..nak dipendekkan cerita..hari 2 mmg hari yang sangat bermakna dlam hidup ana..pertama kali ana berborak panjang dgan 'dia'..slama nie kami just ckap ble adet benda2 yang penting yang perlu dbincangkan jer..huhu InsyaAllah ana akan ingat kenangan ini sampai bile2..sebab mungkin selepas ini segala nya akan berubah..:(
Saat melihat sahabat2 mujahadah semua bertungkus lumus menghafal Kalam Suci dr Ilahi..tersentuh hati ana,ana mendoakan agar kalian semua dan kita bersama sentiasa berada di bawah lembayuing Rahmat dan Kasih Sayang dariNya..mereka memperbaiki hafalan mereka kerana mggu hadapan mereka akan menghadapi ujian Syafawi(salah satu cabang ujian STAM)..kemudian,kami ramai2 pergi kesurau..ada yang menyambung hafalan mereka..ada yang menunaikan solat sunat dhuha..ada juga yang merehat kan badan mereka..sungguh,tarbiah Islamiah yang kami perolehi tika ini akan kami terus Istiqamah didalamnya..
Tengah hari pula ana luangkan masa untuk berada di asrama..berjumpa dengan adik2 junior..bersembang bersama..ana terharu dengan satu luahan dari seorang adik junior.."abang wan,rindulah ngan abg wan..lamer da x nmpak..nnti saya nk jdik mcm abg la..blaja rjin2..bley msok UM ngan abg.."Subhanallah..sungguh tinggi cita2 adik ini..InsyaAllah..semoga Allah perkenan kan permohoinan adik k..Amin ya Allah..^_^
Bila petang dan abang ana jemput ana untuk pulang ke teratak kami..sebelum itu ana ada menangkap gambar sebagai kenangan bersama sahabat2 semujahadah sebelum ana pulang..semoga jalinan ukhuwah antara kita akan mendapat Keredhaan drNya dan kekal hingga kesyurgaNya..amin..^_^
#sedikit kata buat adik junior tersebut..'tuntut lah ilmu walau dimana pown dri mu berada..ilmu Allah itu sangat luas..x akan termampu kita sebagai hambaNya yang kerdil untuk memiliki kesemuanya..sedikit sahaja sudah memadai bagi kita...tajdidkan niat menuntut ilmu itu keranaNya..kerana ibu bapa mu..InsyaAllah kejayaan akan sentiasa bersamamu..^_^'
#buat 'dia'.."ana paham situasi yang sedang kita hadapi ini..ana akan cuba untuk lebih memahami diri kamu..sama2 lah kita bermuhasabah diri kembali..tenung lah diri kita kembali..carilah matlamat tujuan ukhuwah ini..sentiasalah kamu berpegang teguh dengan Kalam2 Rabbmu..ana akan menanti penjelasan dri kamu walau selama mana pown kamu memerlukan nya..hiduplah atas tujuan mencari Keredhaan dan Cinta Abadi dari Pencipta Hakiki...^_^"
Posted by Unknown at 10:00 PM 0 comments
Pelayaran Sebuah Kehidupan
Assalamualaikum..
sedikit luahan dari ana untuk santapan minda kita bersama..^_^
Posted by Unknown at 9:33 PM 0 comments
Tuesday, July 2, 2013
Ukhuwah Ini Demi Mendapat Keredhaan Robbul Izzati
~ ♥♥ ~ Ukhuwah Fillah Abadan Abada ~ ♥♥ ~
~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu Indah ~ ♥♥ ~
~ ♥♥ ~ Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
~ ♥♥ ~ Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati
~ ♥♥ ~ Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.
~ ♥♥ ~Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!
Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.
~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :
1. Ta'aruf : Saling Mengenal
2. Tafahum : Saling Memahami
3. Ta'awun : Saling Menolong
4. Takaful : Saling Menanggung
5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri
~ ♥♥ ~ Di mana letaknya ukhuwah kita?
diakui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. kita mahu ukhuwah bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, kita tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kita telah pun terikat padu.
~ ♥♥ ~ diharapkan setiap dari kita sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah soleh/ah hingga nanti apabila kita ditakdirkan berkahwin, setiap dari kita mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap dari kita sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.
semoga Allah perkenankan. amin. ~ ♥♥ ~
~ ♥♥ ~ hadis :
"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim). ~ ♥♥ ~
Posted by Unknown at 10:52 PM 0 comments