Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh saudara2 seagama yg ana cintai kerana Allah...
Alhamdulillahhi Rabbil 'alamin wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiya'i walmursalin..Saidina Muhammadin SAW wa 'ala alihi wasohbihi ajmain..
Alhamdulillah segala puji bg Allah Taala,Yang Maha Kuasa mentadbir seluruh alam ini..dengan kasih sayang dan cintaNya Yang Agung..ana dan juga kalian masih diberi kesempatan untuk terus memakmurkan muka bumi Allah yang indah ini..satu soalan dari ana,adakah kalian ingin melihat bagaimana ZatNya Yang Maha Suci..tentu skali jawapan kalian YA!!! kerana ana juga sangat2 ingin dan mahu melihatNya..tapi,mampukah kita ketika dalam jasad ini? Tentunya tidak..kerana Allah Taala akan menunjukkan ZatNya kepada semua orang2 yang beriman ketika didalam SyurgaNya yang terindah...Subhanallah..hanya dengan memasuki SyurgaNya barulah kita dapat melihatNya..by hook or by crook..kita kene masuk Syurga terlebih dahulu..Allahu..mampukah kita dengan dosa2 yang telah kita lakukan selama ini..ana juga tertanya2..semoga Allah dengan Rahmat dan Kasih SayangNya mengampuni dosa2 kalian dan dosa2 ana..sama2lah kita meminta ampun dan RedhaNya..disini ana sertakan peristiwa gambaran bagaimana Allah SWT memperlihatkan DiriNya dihadapan penghuni2 Syurga..Semoga kalian dan ana menjadi salah seorang penghuninya..Ameen Ya Rabbal 'Alamin..
"Melihat
Allah di Syurga pada Hari Kiamat"
Setiap
yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas
siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan
dimasukkan ke dalam syurga. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah,
tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari
cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.
Dari
Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya
Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi
menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama,
melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana
kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.
Rasulullah
pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab
Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan
cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku
memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari
cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula
memandangnya.”
Dari
sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini.
Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja
Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga
Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur
bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
Diriwayatkan
setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza
pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba
indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat
Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang
ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang
di udara taman syurga.
Burung
ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak
merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman
susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang
berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.
Seketika
kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang
taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri
yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan
kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi
kehendak kamu semuanya”.
Semua
penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila
mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian
seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai tuhan
kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang
akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di
dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat
wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.
Seketika
kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman
syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas
mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh
seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan
yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isa memperdengarkan bacaan
kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.
Kemudian
Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca
dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur dibacakan, Jibril
akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk
membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling
merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia
dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.
Setelah
selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat
manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit
syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang
lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian
manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak
pernah terfikir oleh akal.
Kemudian
terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap
makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling
berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang
sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada
sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan
syukur tak terperi.
Berkatalah
seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha
Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari
ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan
suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah
hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu,
syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat
mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu,
demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.
Dari
Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah masuk ke
syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata
mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan
kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah
membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan
melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini,
“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan
tambahannya.” [Yunus: 26]
Melihat
Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga.
Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat
melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat
menatap wajah Allah.
Subhanallah Maha Suci Allah,Alhamdulillah,La ilaha illallah,Allahuakbar...hati yang adanya Iman didalamnya pasti tersentuh dengan gambaran ini..ana juga berlinangan air mata saat membacanya (pada waktu Dhuha)..Allah Allah Allah..diri hambaMu yang hina lagi kerdil ini merinduiMu Ya Khaliq..
Assalamualaikum para Mujahid n Mujahidah skalian..
Kali nie ana just nk kongsikn kata2 yg dikarang oleh ana sendiri khas untuk para Mujahid Agama walau dimana lapangan pown kalian brada..jangan pernah mngalah atau berundur dr jalan Mujahadah ini...kerana Syurga itu manis wahai akhi..bangkitlah walaupown kamu pernah jatuh..jangan pernah menyerah selagi jadas menghirup udara kurniaan Rabbul Izzati..semoga Redha Robbul Izzati sntiasa mngiringi derap langkah brani kalian...
Mujahid
Duhai Mujahid,
Kuatnya engkau tak mengenal erti kalah...
Terus berjuang demi Ad-Din yg tercinta..
Biarpun nyawa diperhujungnya,engkau melawan tanpa gentar..
Biarpun darahmu membasahi bumi,tidak sekali engkau mngundur diri..
Kerana kesyahidan itu dambaan mu..
Mujahid,
Saat Kekasihmu menyeru..
Engkau bnagkit dengan laju..
Mengorak langkah ke lapangan Mujahadah tanpa menunggu..
Kerana disitu terletaknya Cintamu yang Satu..
Andai pilihan ditangan mu..
Teruskan atau meninggalkan..
Pastinya kan kau pasakkan kedua kakimu ke bumi demi jalan ini..
kerana,telah kau ketemu nikmatNya disebalik jalan Mujahadah ini..
Hai Mujahid,
Mujahadah itu tidak mudah..
Mujahadah itu penuh ranjau..
Mujahadah itu jalan berliku..
Mujahadah itu deselimuti kesusahan dan kepayahan..
Mengapa engkau masih di jalanan ini Mujahid??!!
Sungguhlah hebat dirimu,tanpa bicara engkau melaksana..
Menjalankan Sunnah KekasihNya dalam segenap kehidupanmu..
Bangkitlah wahai Mujahid,
Semboyan itu telah berbunyi..
Perlunya engkau melaksanakn suruhanNya..
Agama ini sedang sakit wahai Mujahid!!
Agama ini memerlukan dirimu pwaris Al-Fateh..
Pengganti Al-Ayyubi..
Penerus generasi Ar-Rasyidin..
Bimbinglah umat ini kembali kepadaNya.. Kerana dikau pencetus Ummah..
Teruskanlah wahai Mujahid,
Jangan pernah engkau berhenti..
MegIslah ummat itu tugas abadi..
Berkekalan hingga dirimu Syahid..
Syahid impian mu wahai Mujahid..
Syurga dambaan tempat kembalimu..
Kesisi Tuhanmu engkau kan menuju..
Tinggal bersama Kekasihmu itu kemahuan mu..
Berjuanglah demi ummat ini..
Semoga redha Allah sentiasa menemani derap langkah beranimu..
Jika hati keras dipujuk dosa kenangkan ketika seksa neraka jurang dalam hitam yang menyala sumur nanah dan telaga bisa jilatan membakar kobaran menggila kau takkan tega di sana
Jika jiwa gelap dibujuk mazmumah sentuh kulitmu yang tipis mampukah kiranya ia menahan cairan besi dapatkah ia bertahan di relau nan membuak panas... panas... panasnya 70 ganda berbanding api dunia
Jika dirimu liar dirasuk nafsu bayangkan kau dipasung jahannam teriak, tangis dan dengus berapi dihembus dari lidah yang hangus nafas berasap dan kau tercungap hampir mati. kau dihidupkan kembali begitulah... berulang kali #copy from sahabiah...^_^
mmg pedih saat hati ini perlu meninggalkan perjuangan yg sedang dijalani..meninggalkan teman2 dan sahabat2 demi saatu perjuangan lain yang lebih besar,lebih berat dan lebih mencabar..namun matlamat perjuangan itu masih sama mencari keredhaan Ilahi..hanya doa yang mampu ana titipkan buat kalian walaupun kalian jauh di mata ana,namun tetap dihati seorang hamba Ilahi yang merindukan kasih dariNya ini..dr kiri:Hanzolah,Wafi,Adnin,Muslim,Ashraf,Fakhri,Iskandar,Syamil,Hazieq,Syafiq,Salam,Rapizan,Syukur dan Luqman..depan:ana sendiri dan Fahmi..^_^ Sahabat2 STAM Jilun Thalith SMASRA 2013