Tuhan,saat Kau Ingin menciptakan manusia Engkau berfirman dengan KalamMu yg Suci:'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi'..bertanya para MalaikatMu:'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?'..sungguh Ya Allah..benar apa yang dikatakan oleh para MalaikatMu itu..kami ini yang merosakkan muka bumiMu ini..kami ini yang menumpahkan darah sesama kami..kami ini yang senantiasa melakukan maksiat kepadaMu..kami ini yang meninggalkn suruhanMu,malah melaksanakan laranganMu..tangan ini Ya Allah..tangan ini..kaki ini ya Robb..kaki ini..Namun, dengan kemuliaanMu..Engkau menjawab pertanyaan para MalaikatMu.. 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'(QS. al-Baqarah: 30)
Sungguh Wahai Allah..telah banyak dosa yang kami lakukan kepadaMu..telah banyak kerosakan yang tangan-tangan ini lakukan kepada muka bumiMu..ampunilah kami wahai Allah..ampunilah kami..kami ini kerdil sekali..impian kami ingin melihatMu di Syurga kelak..itulah impian terbesar kami..Penuhilah Ya Rahman..Perkenankanlah Ya Rahim..😔
Wednesday, December 31, 2014
Amanah Pencipta Pada Kita Jangan Dikhianati
Posted by Unknown at 8:59 AM 1 comments
Wednesday, September 17, 2014
Fikirkn Perkara Yang Lebih Utama
Assalamualaikum wbt..sedikit prkongsian drpda ana buat tatapn serta ibrah kebaikan untuk sama2 kita menuju Mardhatillah..In sha Allah..
"wey,bergetar rusuk kiri aq nie dgr abg senior kite da kawen"..
"da knape plak brgetar bagai?"
"tah la..mcm da smpai seru..haha"
"seru tok ape ko nie? pening aq la.."
"haha..tok nikah gak maybe..mgkin da tibe masa tok aq crik rusuk kiri aq x..hehe maner la tau da smpai jodoh.."
"la ko nie..aq igt ape la td..xyah nk brgetar sgt..geli aq wey..haha nie ko da hafal ayt hafazan blom? arinie akhi usrah nk tasmiq kn?"
"alamak..aq ayt mggu lpas ngan dua mggu lpas pown x dpt ag wey..sgkut jer mnjang..mlas la aq pkir pasal usrah tu n aq rse mlm nie aq xnk join la usrah kite.."
"jgn camtu sahabat..silap nie..mmg la bg kite ayt hafazan tu xpntg..tp kpentingan nyer pd msa dpan..skang mmg la kite xnmpk..kite nie..trlalu byk fkir pasal bnde yg x spatutnyer kite pkir skrg nie..hingga kn bnda yg lbih aula(utama) kite tgglkn..contohnya mcm fkir pasal jodoh..nk crik zaujah yg bragama,pndai msak,bla3..hinggakn aq tgk rmai dlm fb,wechat,instagram etc seakn-akn hanyut dlm fantasi "jodoh" mereka..yg brpelajarn agama dgn kapel islamik nyer..yg x brlatar belakangkn agma lgi la..smpai post2 gmbr yg x sptutnyer..share ngan stu dunia pasal "jodoh fantasi" mereka..yg brlatar belakangkn agama tu yang aq sedih tu..smpai post gmbr brduaan..astaghfirullah..bile putus cinta mula mengasai xtntu arah..nangis sana nangis sini..ngadu ngan stu alam cinta trhalang mereka..haih..kalo kite punya masa tok pkir pasal cinta x pasti lgi,knape kite xpunya masa tok fikir ummah yg hmpir punah ini..xslah tok idamkn jodoh yg baek2..malah digalakkn..tp jgn trlmpau fikir smpai biarkn bnde yg lbih pntg di blakang..kalo btol kite nk yg baek..kite jdi baek dlu..doa mnta pada Allah taala..Dia maha pmberi..sama2 lah yer sahabat menuju redha Allah..yg lebih utama kite utama kn.."
"syukran sahabat atas peringatan..x sia2 aq brsahabat dgn kau"
"haha..inni uhibbuka fillah.."
"uhibbuka fillah aidhon"..
"jom smbung hafalan smpai brol2 masyi..aq bntu kau k..huhu"
"jom..tibe2 rasa smngat nk bntu ummah..hehe"
jangan trlalu mngejar cinta insani hingga kite lupa utk mngejar cintaa Ilahi..Cinta manusia itu akn mati..Cinta Ilahi xkn sesekali mati..malah Allah SWT telah berfirman dalam kitabNya yg mulia Al-Quran,surah An-Nur(24:ayt26) maksudnya:
"Perempuan2 yg keji utk lelaki2 yg keji,dan lelaki2 yg keji utk perempuan2 yg keji.sedangkan perempuan2 yg baik utk lelaki2 yg baik,dan lelaki2 yg baik utk perempuan2 yg baik.Mereka itu bersih dr apa yg dituduhkn org.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia(Syurga)"
percayalah akn janjiNya..SesungguhNya Dia tidak prnah memungkiri janji..perbaiki diri dari hari ke hari..In sha Allah kebaikn akn dtg kpada mu..sntiasa tajdid niat Lillahi Taala..Allahu yubariku fikum..Inni Akhafullah..
sekian dulu dari ana..syukran sudi meluangkan masa membaca kalam ana..In sha Allah pnjang umur kita akan brsua kembali..Uhibbukum fillah..^_^
Posted by Unknown at 9:36 AM 0 comments
Monday, February 3, 2014
Aku Tidak Mampu (-_-)
29 January at 03:09
#Sekiranya antum antunna ada masa untuk membaca novel, atau keluar pergi mid valley, mudah-mudahan kalian dapat melapangkan sedikit masa kalian untuk membaca post ini. In shaa Allah.. Barakallahu lakum..
.....................................
~~Saudara-saudara kita sanggup mengorbankan nyawa mereka semata-mata nak pertahankan Islam. Tapi kita..maruah sendiri pun tak terjaga, macam mana nak pertahankan Islam?? AllahuRobbi..Sungguh..sungguh kita patut malu dengan mereka..walaupun mereka tiada apa-apa berbanding dengan kita yang hidup dlm serba mewah ni, tapiii..tapi Allahu.. kita tetap tidak dpt melawan kekentalan semangat jihad mereka, kekuatan akidah mereka mahupun kecintaan mereka terhadap agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Sahabat-sahabiah sekalian..
Sedihnya diriku melihat kalian berpegangan tangan tanpa segan-silu di hadapan khalayak, tidak mungkin setanding hibanya Baginda menangis di saat melihat ramainya umat Baginda diseksa di dalam neraka..AllahuAkbar! Betapanya hinanya diriku di saat tidak mampu melakukan apa-apa melihat kalian berdating di tengah malam yang gelap-gelita. Ya..aku hanya mampu menyaksikan adegan kalian dengan sepasang mataku ini, tapi lemahnya aku..lemahnya aku kerana aku tidak mampu untuk menarik tangan kalian daripada terus bergelumang dengan dosa..dhaifnya aku kerana hanya hati dan imanku yang berbicara, tidak henti2 beristighfar, tapii..aku tidak mampu mencegah maksiat di depan mata..AllahuAkbar..sungguh aku tidak mahu saudara2ku terus hanyut..Allah!! Kuatkanlah..
Sahabat-sahabatku sayang fillah..
Tahukah kalian,
Di saat kalian sedang enak berdua-duaan dengan pasangan anda yang belum halal itu, mungkin ribuan nyawa saudara2 kita dibunuh dengan kejam di sana..pada masa itu...mereka sangat mengharapkan tembakan doa daripada kalian untuk menguatkan mereka, tapii...perbuatan kalian seolah-olah menampakkan kalian sedang menghadiahkan sebutir peluru berpandu bagi menghancur leburkan mereka..Ya Allah..Di saat tangan kalian sedang melingkari tubuh pasangan kalian, mungkin ibu bapa kalian di rumah sedang khusyu' menadah tangan di sepertiga malam, berdoa agar kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah sehingga berlinangan air mata jatuh ke pipi wajah yang telah dimamah usia itu..SubhanAllah..bolehkah kalian bayangkan betapa hancur luluhnya hati mereka jika mereka saksikan apa yang kalian lakukan di sini?
Di saat kalian sedang asyik bermadu asmara, pernahkah kalian terfikir, betapa banyaknya air mata Baginda jatuh kerana umatnya, betapa sayang dan cintanya Baginda kepada kita? Cuba bayangkan, jika ditakdirkan kita dimasukkan ke dalam neraka (na'udzubillahi min dzalik), tidak inginkah kita syafaat daripada Baginda untuk menyelamatkan kita daripada azab yang penuh seksa? MasyaAllah..layakkah kita memperoleh syafaat Rasulullah SAW jika kita langsung tidak ingat kepada Baginda, bibir pula sangat kedekut untuk berselawat kepada Baginda, daann..disebabkan kitalah insan mulia itu banyak menangis...Allahu..Tidak inginkah kita, hatta sedetik pun dalam hidup kita, kita buat Baginda tersenyum?
Di saat kalian sedang melakukan perkara2 yang dimurkai Allah dengan yang bukan mahram, tidak pernahkah kalian terfikir bahawa dunia ini sudah tenat, tenat dengan segala maksiat yang dilakukan oleh manusia? Sedarkah kalian, maksiat yang anda lakukan bukan hanya terpalit kepada kalian, tapiii..jika Allah menurunkan bala, AllahuRobbi..semuanya yang tidak berdosa turut merasai azab tersebut..bayangkan, ibu bapa kalian, adik-beradik kalian, sahabat2 kita semuanya ditimpa musibah kerana kalian..sukakah begitu?? Tepuk dada, tanya iman..
Duhai sahabat,
Cuba hayati analogi yang ingin kusampaikan kepada kalian..
Sukakah kalian jika adik perempuan, kakak atau ibu kalian dirosakkan oleh lelaki lain? Pastinya marah kan? Habis tu..kenapa anda sanggup merosakkan seorang perempuan? Mungkin perempuan yang anda rosakkan itu ialah seorang adik, kakak, isteri atau ibu kepada orang lain. Cuba bayangkan apa perasaan abang, adik mahupun suami mereka..Jika anda sendiri pun tidak sanggup adik, kakak atau ibu anda dinodai orang lain, kenapa anda sendiri mencemarkan maruah adik atau kakak orang lain?
Ku tahu, mungkin kalian hanya ingin bersuka-ria dengan pasangan kalian dan hanya yang benar2 solehah akan dijadikan isteri. Baiklah..jika itulah niat kalian, cuba kalian renungkan kembali, layakkah sekiranya anda diberikan seorang isteri yang solehah sekiranya anda sendiri bukanlah suami yang soleh, layakkah anda memperoleh seindah-indah hiasan dunia, sedangkan anda sendiri pernah merosakkan perempuan lain? Bukankah Allah telah berfirman, lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya..lupakah kalian?
Diibaratkan seolah-olah kita telah merosakkan sesuatu barang milik seseorang. Agak-agaknya masih beranikah kita meminta untuk diberikan barang yang baru yang masih elok daripada pemilik barang tersebut? Barang itu diibaratkan sebagai seorang wanita dan anda telah merosakkannya, agak-agaknya beranikah anda meminta kepada Allah agar dikurniakn seorang wanita yang suci untuk dijadikan isteri? Remember, what you give, you get back..
Muslimah,
Tahukah kalian dosa2 yang sedang kalian lakukan sekarang ini ditanggung oleh ayah kalian? Mahukah kalian sekiranya insan yang telah membesarkan kalian dengan penuh kasih sayang itu dihumbankan ke dalam neraka kerana anda? AllahuAkbar..
Sekiranya anda pernah terlanjur, ataupun paling tidak, tangan anda telah dipegang lelaki lain, tidak kasihankah anda kepada suami anda kelak yang hanya mampu menikmati 'bekas' orang lain? Maaf jika ku lancang, tapi itulah hakikatnya..
Oleh itu, dengarlah nasihat daripada sahabat kalian ini walaupun aku tahu, kalian mungkin tidak mengenaliku..namun, dengarlah apa yang ingin ku sampaikan kerana hakikatnya aku juga ialah saudara seagama kalian..nasihat ini juga kutujukan kepada diriku sendiri..
◇Jagalah dan tutuplah aurat dengan sempurna, bukan membalutnya kerana dari sinilah punca segala maksiat
◇Awasi batas pergaulan dengan lelaki, berkomunikasi sekadar perlu
◇Jadikan malu itu sebagai mahkota dan perisai diri, namun biarlah bertempat
◇Persiapkanlah diri bagi menghadapi kematian kerana hakikatnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati
◇Amalkanlah sunnah walaupun sekadar berjumpa dengan saudara dengan wajah yang ceria
◇Jadilah anak yang solehah kepada ibu bapa, isteri yang solehah kepada suami dan ibu yang solehah kepada anak2 kelak
◇Hidupkanlah semangat mujahidah dalam diri, lawan hawa nafsu
◇Sempurnakan amalan2 wajib dan ditambah dengan amalan2 sunat
◇Utamakan perintah Allah, Rasulullah dan ibu bapa berbanding yang lain
◇Lakukanlah sesuatu kerana ingin gembirakan Allah, walaupun perkara itu tidak menyenangkan manusia yang lain
Jangan pernah takut untu berubah. Jika dunia dan seisinya menentangmu, ketahuilah..Allah bersamamu. Carilah hidayah kerana hakikatnya hidayah Allah tidak datang bergolek. Bersahabatlah dengan sahabat yang mencintaimu kerana Allah dan mampu membimbingmu ke jalan yang lurus. Bantulah sahabat2 yang sedang diuji oleh Allah agar mereka kuat untuk bermujahadah dan kembali ke jalan yang benar.
#Ana harapkan tulisan yang tidak seberapa ini mampu menjentik hati antum antunna semua walaupun sedikit.
#Hakikatnya, ana menulis bukanlah sekadar kerana amanah yang terpikul di pundak ana sebagai ahli MAFRUH ataupun SAHABAT PASUM. Tapi, ana menulis dari hati seorang sahabat yang sangat sayangkan sahabatnya, ingin berpimpinan tangan dengan sahabatnya untuk masuk ke Jannatul Firdausi. Moga sampai ke hati kalian juga..aameen Ya Rabb..
Ana tidak mampu untuk tampil ke depan untuk bercakap, juga tidak mampu menegur secara langsung. Jadi, hanya inilah wadah atau wasilah yang boleh ana gunakan untuk mencoret apa yang terbuku di hati.
#Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna atau tidak berdosa. Tegurlah ana jika ana juga tersasar kerana ana sendiri tidak tahu jika hidayah itu akan ditarik balik..Allahu..Astaghfirullah3x..
Wallahua'alam..
#TulisanIniBukanMenandakanBaiknyaAnaTapiAnaJugaMasihLagiMencari#CintaItuFitrahIlmuItuAmanah#JanganBerhentiBerlariSehinggaMardhatillahBerjayaKitaCapai#FastabiqulKhairat#HasbunAllah wa ni'mal wakeel..
~::InniAkhafullah::~
*copy from sahabiah ana..please read n understand it...wait 4 my own writing..hope so..
Posted by Unknown at 9:42 AM 0 comments
Thursday, January 16, 2014
Nikmat Yang Tertinggi di Syurga..^_^
Posted by Unknown at 4:17 PM 0 comments
Tuesday, January 14, 2014
Mujahid ^_^
Assalamualaikum para Mujahid n Mujahidah skalian..
Kali nie ana just nk kongsikn kata2 yg dikarang oleh ana sendiri khas untuk para Mujahid Agama walau dimana lapangan pown kalian brada..jangan pernah mngalah atau berundur dr jalan Mujahadah ini...kerana Syurga itu manis wahai akhi..bangkitlah walaupown kamu pernah jatuh..jangan pernah menyerah selagi jadas menghirup udara kurniaan Rabbul Izzati..semoga Redha Robbul Izzati sntiasa mngiringi derap langkah brani kalian...
Mujahid
Duhai Mujahid,
Kuatnya engkau tak mengenal erti kalah...
Terus berjuang demi Ad-Din yg tercinta..
Biarpun nyawa diperhujungnya,engkau melawan tanpa gentar..
Biarpun darahmu membasahi bumi,tidak sekali engkau mngundur diri..
Kerana kesyahidan itu dambaan mu..
Mujahid,
Saat Kekasihmu menyeru..
Engkau bnagkit dengan laju..
Mengorak langkah ke lapangan Mujahadah tanpa menunggu..
Kerana disitu terletaknya Cintamu yang Satu..
Andai pilihan ditangan mu..
Teruskan atau meninggalkan..
Pastinya kan kau pasakkan kedua kakimu ke bumi demi jalan ini..
kerana,telah kau ketemu nikmatNya disebalik jalan Mujahadah ini..
Hai Mujahid,
Mujahadah itu tidak mudah..
Mujahadah itu penuh ranjau..
Mujahadah itu jalan berliku..
Mujahadah itu deselimuti kesusahan dan kepayahan..
Mengapa engkau masih di jalanan ini Mujahid??!!
Sungguhlah hebat dirimu,tanpa bicara engkau melaksana..
Menjalankan Sunnah KekasihNya dalam segenap kehidupanmu..
Bangkitlah wahai Mujahid,
Semboyan itu telah berbunyi..
Perlunya engkau melaksanakn suruhanNya..
Agama ini sedang sakit wahai Mujahid!!
Agama ini memerlukan dirimu pwaris Al-Fateh..
Pengganti Al-Ayyubi..
Penerus generasi Ar-Rasyidin..
Bimbinglah umat ini kembali kepadaNya..
Kerana dikau pencetus Ummah..
Teruskanlah wahai Mujahid,
Jangan pernah engkau berhenti..
MegIslah ummat itu tugas abadi..
Berkekalan hingga dirimu Syahid..
Syahid impian mu wahai Mujahid..
Syurga dambaan tempat kembalimu..
Kesisi Tuhanmu engkau kan menuju..
Tinggal bersama Kekasihmu itu kemahuan mu..
Berjuanglah demi ummat ini..
Semoga redha Allah sentiasa menemani derap langkah beranimu..
Jadilah engkau wahai Mujahid,yg dirindui Mujahidah...^_^
Sekian terima kasih...jazakumullahu khairan jaza'..
Posted by Unknown at 8:51 PM 0 comments
Friday, January 3, 2014
Neraka Itu Seksa
NERAKA ITU SEKSA
Jika hati keras dipujuk dosa
kenangkan ketika seksa neraka
jurang dalam hitam yang menyala
sumur nanah dan telaga bisa
jilatan membakar kobaran menggila
kau takkan tega di sana
Jika jiwa gelap dibujuk mazmumah
sentuh kulitmu yang tipis
mampukah kiranya ia menahan cairan besi
dapatkah ia bertahan di relau nan membuak
panas... panas... panasnya
70 ganda berbanding api dunia
Jika dirimu liar dirasuk nafsu
bayangkan kau dipasung jahannam
teriak, tangis dan dengus berapi
dihembus dari lidah yang hangus
nafas berasap dan kau tercungap
hampir mati. kau dihidupkan kembali
begitulah... berulang kali
#copy from sahabiah...^_^
Posted by Unknown at 1:39 AM 0 comments