29 January at 03:09
#Sekiranya antum antunna ada masa untuk membaca novel, atau keluar pergi mid valley, mudah-mudahan kalian dapat melapangkan sedikit masa kalian untuk membaca post ini. In shaa Allah.. Barakallahu lakum..
.....................................
~~Saudara-saudara kita sanggup mengorbankan nyawa mereka semata-mata nak pertahankan Islam. Tapi kita..maruah sendiri pun tak terjaga, macam mana nak pertahankan Islam?? AllahuRobbi..Sungguh..sungguh kita patut malu dengan mereka..walaupun mereka tiada apa-apa berbanding dengan kita yang hidup dlm serba mewah ni, tapiii..tapi Allahu.. kita tetap tidak dpt melawan kekentalan semangat jihad mereka, kekuatan akidah mereka mahupun kecintaan mereka terhadap agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Sahabat-sahabiah sekalian..
Sedihnya diriku melihat kalian berpegangan tangan tanpa segan-silu di hadapan khalayak, tidak mungkin setanding hibanya Baginda menangis di saat melihat ramainya umat Baginda diseksa di dalam neraka..AllahuAkbar! Betapanya hinanya diriku di saat tidak mampu melakukan apa-apa melihat kalian berdating di tengah malam yang gelap-gelita. Ya..aku hanya mampu menyaksikan adegan kalian dengan sepasang mataku ini, tapi lemahnya aku..lemahnya aku kerana aku tidak mampu untuk menarik tangan kalian daripada terus bergelumang dengan dosa..dhaifnya aku kerana hanya hati dan imanku yang berbicara, tidak henti2 beristighfar, tapii..aku tidak mampu mencegah maksiat di depan mata..AllahuAkbar..sungguh aku tidak mahu saudara2ku terus hanyut..Allah!! Kuatkanlah..
Sahabat-sahabatku sayang fillah..
Tahukah kalian,
Di saat kalian sedang enak berdua-duaan dengan pasangan anda yang belum halal itu, mungkin ribuan nyawa saudara2 kita dibunuh dengan kejam di sana..pada masa itu...mereka sangat mengharapkan tembakan doa daripada kalian untuk menguatkan mereka, tapii...perbuatan kalian seolah-olah menampakkan kalian sedang menghadiahkan sebutir peluru berpandu bagi menghancur leburkan mereka..Ya Allah..Di saat tangan kalian sedang melingkari tubuh pasangan kalian, mungkin ibu bapa kalian di rumah sedang khusyu' menadah tangan di sepertiga malam, berdoa agar kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah sehingga berlinangan air mata jatuh ke pipi wajah yang telah dimamah usia itu..SubhanAllah..bolehkah kalian bayangkan betapa hancur luluhnya hati mereka jika mereka saksikan apa yang kalian lakukan di sini?
Di saat kalian sedang asyik bermadu asmara, pernahkah kalian terfikir, betapa banyaknya air mata Baginda jatuh kerana umatnya, betapa sayang dan cintanya Baginda kepada kita? Cuba bayangkan, jika ditakdirkan kita dimasukkan ke dalam neraka (na'udzubillahi min dzalik), tidak inginkah kita syafaat daripada Baginda untuk menyelamatkan kita daripada azab yang penuh seksa? MasyaAllah..layakkah kita memperoleh syafaat Rasulullah SAW jika kita langsung tidak ingat kepada Baginda, bibir pula sangat kedekut untuk berselawat kepada Baginda, daann..disebabkan kitalah insan mulia itu banyak menangis...Allahu..Tidak inginkah kita, hatta sedetik pun dalam hidup kita, kita buat Baginda tersenyum?
Di saat kalian sedang melakukan perkara2 yang dimurkai Allah dengan yang bukan mahram, tidak pernahkah kalian terfikir bahawa dunia ini sudah tenat, tenat dengan segala maksiat yang dilakukan oleh manusia? Sedarkah kalian, maksiat yang anda lakukan bukan hanya terpalit kepada kalian, tapiii..jika Allah menurunkan bala, AllahuRobbi..semuanya yang tidak berdosa turut merasai azab tersebut..bayangkan, ibu bapa kalian, adik-beradik kalian, sahabat2 kita semuanya ditimpa musibah kerana kalian..sukakah begitu?? Tepuk dada, tanya iman..
Duhai sahabat,
Cuba hayati analogi yang ingin kusampaikan kepada kalian..
Sukakah kalian jika adik perempuan, kakak atau ibu kalian dirosakkan oleh lelaki lain? Pastinya marah kan? Habis tu..kenapa anda sanggup merosakkan seorang perempuan? Mungkin perempuan yang anda rosakkan itu ialah seorang adik, kakak, isteri atau ibu kepada orang lain. Cuba bayangkan apa perasaan abang, adik mahupun suami mereka..Jika anda sendiri pun tidak sanggup adik, kakak atau ibu anda dinodai orang lain, kenapa anda sendiri mencemarkan maruah adik atau kakak orang lain?
Ku tahu, mungkin kalian hanya ingin bersuka-ria dengan pasangan kalian dan hanya yang benar2 solehah akan dijadikan isteri. Baiklah..jika itulah niat kalian, cuba kalian renungkan kembali, layakkah sekiranya anda diberikan seorang isteri yang solehah sekiranya anda sendiri bukanlah suami yang soleh, layakkah anda memperoleh seindah-indah hiasan dunia, sedangkan anda sendiri pernah merosakkan perempuan lain? Bukankah Allah telah berfirman, lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya..lupakah kalian?
Diibaratkan seolah-olah kita telah merosakkan sesuatu barang milik seseorang. Agak-agaknya masih beranikah kita meminta untuk diberikan barang yang baru yang masih elok daripada pemilik barang tersebut? Barang itu diibaratkan sebagai seorang wanita dan anda telah merosakkannya, agak-agaknya beranikah anda meminta kepada Allah agar dikurniakn seorang wanita yang suci untuk dijadikan isteri? Remember, what you give, you get back..
Muslimah,
Tahukah kalian dosa2 yang sedang kalian lakukan sekarang ini ditanggung oleh ayah kalian? Mahukah kalian sekiranya insan yang telah membesarkan kalian dengan penuh kasih sayang itu dihumbankan ke dalam neraka kerana anda? AllahuAkbar..
Sekiranya anda pernah terlanjur, ataupun paling tidak, tangan anda telah dipegang lelaki lain, tidak kasihankah anda kepada suami anda kelak yang hanya mampu menikmati 'bekas' orang lain? Maaf jika ku lancang, tapi itulah hakikatnya..
Oleh itu, dengarlah nasihat daripada sahabat kalian ini walaupun aku tahu, kalian mungkin tidak mengenaliku..namun, dengarlah apa yang ingin ku sampaikan kerana hakikatnya aku juga ialah saudara seagama kalian..nasihat ini juga kutujukan kepada diriku sendiri..
◇Jagalah dan tutuplah aurat dengan sempurna, bukan membalutnya kerana dari sinilah punca segala maksiat
◇Awasi batas pergaulan dengan lelaki, berkomunikasi sekadar perlu
◇Jadikan malu itu sebagai mahkota dan perisai diri, namun biarlah bertempat
◇Persiapkanlah diri bagi menghadapi kematian kerana hakikatnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati
◇Amalkanlah sunnah walaupun sekadar berjumpa dengan saudara dengan wajah yang ceria
◇Jadilah anak yang solehah kepada ibu bapa, isteri yang solehah kepada suami dan ibu yang solehah kepada anak2 kelak
◇Hidupkanlah semangat mujahidah dalam diri, lawan hawa nafsu
◇Sempurnakan amalan2 wajib dan ditambah dengan amalan2 sunat
◇Utamakan perintah Allah, Rasulullah dan ibu bapa berbanding yang lain
◇Lakukanlah sesuatu kerana ingin gembirakan Allah, walaupun perkara itu tidak menyenangkan manusia yang lain
Jangan pernah takut untu berubah. Jika dunia dan seisinya menentangmu, ketahuilah..Allah bersamamu. Carilah hidayah kerana hakikatnya hidayah Allah tidak datang bergolek. Bersahabatlah dengan sahabat yang mencintaimu kerana Allah dan mampu membimbingmu ke jalan yang lurus. Bantulah sahabat2 yang sedang diuji oleh Allah agar mereka kuat untuk bermujahadah dan kembali ke jalan yang benar.
#Ana harapkan tulisan yang tidak seberapa ini mampu menjentik hati antum antunna semua walaupun sedikit.
#Hakikatnya, ana menulis bukanlah sekadar kerana amanah yang terpikul di pundak ana sebagai ahli MAFRUH ataupun SAHABAT PASUM. Tapi, ana menulis dari hati seorang sahabat yang sangat sayangkan sahabatnya, ingin berpimpinan tangan dengan sahabatnya untuk masuk ke Jannatul Firdausi. Moga sampai ke hati kalian juga..aameen Ya Rabb..
Ana tidak mampu untuk tampil ke depan untuk bercakap, juga tidak mampu menegur secara langsung. Jadi, hanya inilah wadah atau wasilah yang boleh ana gunakan untuk mencoret apa yang terbuku di hati.
#Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna atau tidak berdosa. Tegurlah ana jika ana juga tersasar kerana ana sendiri tidak tahu jika hidayah itu akan ditarik balik..Allahu..Astaghfirullah3x..
Wallahua'alam..
#TulisanIniBukanMenandakanBaiknyaAnaTapiAnaJugaMasihLagiMencari#CintaItuFitrahIlmuItuAmanah#JanganBerhentiBerlariSehinggaMardhatillahBerjayaKitaCapai#FastabiqulKhairat#HasbunAllah wa ni'mal wakeel..
~::InniAkhafullah::~
*copy from sahabiah ana..please read n understand it...wait 4 my own writing..hope so..
Monday, February 3, 2014
Aku Tidak Mampu (-_-)
Posted by Unknown at 9:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment