BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 29, 2013

Perpisahan Ini DemiNya

Assalamualaikum w.b.t

Perpisahan..setiap org pastinya tidak menginginkn perpisahan trjai didalam ukhuwah indah yg telah terjalin antara 2 insan yg bersaudara krana Tuhannya..begitu juga dengan ana..sgt menyedihkan saat sahabat baek ana,roomate ana sendri di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya ini ingin mngundur diri..Allah...kuatkanlah hambaMu ini melalui perpisahan ini..

Ana cuba untuk redha diatas perpisahan yg berlaku ini kerana ana tahu..setiap pertemuan yang Allah aturkan buat hambaNya pasti akan berlakunya perpisahan..apabila disingkap kembali sejarah islam..sebak hati ana saat teringat kisah tika tibanya saat kewafatan Kekasih Allah Muhammad S.A.W..para sahabat baginda ada yang tidak percaya..sugguh,perpisahan yg berlaku antara kami In sha Allah akan mmpunyai hikmahnya yang tersembunyi..yg hanya Allah mengetahuinya...

Teringat ana saat awal persahabatan kami..saat itu ana masih dalam keadaan kaki berbalut akibat dri kemalangan yg menimpa ana..sahabat ana inilah yang banyak membantu ana..sentiasa menemani ana kemana shaja kerana sukarnya saat ana hendak bergerak ketika itu..semoga Allah membalas segala budi yg telah kamu lakukan kpdku shabat..sering mengajak ana melakukan kebaikan dijalnNya..

Buat sahabat ana..semoga Allah sentiase mrmberkati langkah yang kamu ambil..semoga redha Allah sentiase bersama kamu...banyak yg telah aq pelajari dri kamu...setiap kenangan kita bersama akan aq simpan didalam hati...igtlah aq dlam doamu...semoga ukhuwah yg terjalin antara kita terus kekal hingga kesyurgaNya dn ukhuwah ini demi mendapat keredhaan drNya...selamanya aq menyayangimu sahabatku.. :'(

Sedikit pengenalan kpd sahabat baek ana a.k.a roomate ana yg telah pergi meninggalkn jlan perjuangn di PASUM ini...Nama beliau,Muhd Aqil Bin Asha'ri..berasal dr Melaka..brsekolah di sebuah sekolah yg hebat di Melaka..SBPI Selandar..

Senyuman seorg Sahabat,Aqil

ana brsama Aqil

2 orang sahabat ana yg paling ana rapat..Aqil n Hafiz

keceriaan diwajah kami...B722 n A005

time besday Aqil

Mampukah Aku...Hanya HambaNya yg Terlalu Hina..

Assalamualaikum wbt..

Sudah sekian lama rasanya tidak meluahkn kalam didalam ruangan ini...trlalu sibuk dgn urusan dunia yg lain...Allahu...:'(

Allahuakbar!!!

Mengapa tajuk sedemikian yg ana utarakn? kerana ana berasa sgt2 lemah saat ini...Allah..mampukah ana meneruskn prjalanan di medan ini? mampukah hambaMu yg hina ini terus tertatih di perjalanan ini...sugguh,ana tidak kuat..sugguh,ana ini lemah...Allah turunkn byk ujian kpd ana skali gus...ujian tnpa henti dtg menjeguk ana seperti tiada lagi ruang untk ana menarik nafas seketika...

Allah...hambaMu ini tahu..ujianMu utk mnguji iman dlm dri hamba2Mu..hanya mereka yg sbenar2 hamba shaja mampu untuk trus bngun dan menapak stelah jatuh...ana?? adakah ana mampu????

Ana mesti mampu!!! sbb apa? sbb Allah mnyukai hamba2Nya yg kuat...

“Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada semua daripada mereka adalah baik, berlumba-lumbalah kamu ke atas manfaat dan mintalah pertolongan daripada Allah dan janganlah bersikap lemah atau malas.” (HR Muslim)
kerana Allah ana harus kuat..ana merupakan mujahid!! mujahid itu bkan org yg lemah...ana akn bgkit walau brapa kali ana trjatuh..kerna ana tahu..hanya Kamu yg mampu mmberi kekuatn kpd dri hambaMu yg lemah ini...

Allah...ampunkan ana ya Allah...berikan lah ana kekuatan dlm meneruskn mujahadah ini...trigt kata2 shabat baek ana...
  "Allah tdak pernah mnguji hamba2Nya diluar kemampuan hamba2Nya.."
Allahu...Allah tahu ana mampu kerna itu Allah trunkn ujian ini buat ana...kerana sesungguhnya segala sesuatu yg berlaku atas kehendakNya..ana ini HAMBA!!! tdak layak untk brtanya apa dn mengapa..apatah lagi mmpersoalkn ujian yg Allah trunkn kpd ana...Dia trunkn ujian kpd kita krana Dia sygkn kita dn mnta kpd kita supaya kmbali kpdNya..Allah...ana merindui saat indahnya malam kita berdua...Allah...hambaMu ini trlalu hina untk mndpt prhatian sbegini driMu...:'(


"
KERANA ALLAH ANA HARUS KUAT"

Monday, October 7, 2013

Hidup Satu Perjalanan

Hidup ini satu perjalanan,
Hanya kaki yang melangkah tahu arah tujunya,
Adakalanya perlu berhenti untuk berehat,
Menggarap kembali kekuatan untuk meneruskan perjalanan,
Tak semua perjalanan mudah,
Pastinya ada cobaan di pertengahan,
Untuk menguji ketabahan insan,
Namun andai tujuan perjalanan kita jelas,
Kita pasti berusaha untuk gagah,
dan tiba ke destinasi dengan jayanya.

Hidup ini satu perjalanan,
Perjalanan yang sungguh panjang.
Perjalanan yang penuh pengajaran.
Pengajaran yang mendidik mengenal ilahi.
Itulah kehidupan.
Mana satu haluan pilihan mu?
Baik atau jahat?
Hitam atau putih?
Abadi atau Sementara?

Hidup ini tdak slamanya..
Smpai masa kembali jua kita kpd Yg Esa...

#dri Allah kita dtg,kpd Allah kita kmbali..

Sunday, July 28, 2013

Selamat Tinggal Smasra Slideshow Slideshow

Selamat Tinggal Smasra Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Selamat Tinggal Smasra Slideshow Slideshow ★ to Alor Gajah (near Kampong Masjid Tanah). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Unexpected Trip 2 Broga Hill Slideshow Slideshow

Unexpected Trip 2 Broga Hill Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Unexpected Trip 2 Broga Hill Slideshow Slideshow ★ to Selangor. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Monday, July 22, 2013

Sahabat...^_^


JIKA BERSAHABAT..


✿~ Jika bersahabat kerana Allah, jagalah KEAIBANNYA dan jangan merendahkan dirinya..

✿~ Jika bersahabat kerana Allah, NASIHATILAH dia dan bersedia MENERIMA nasihatnya..
✿~ Jika bersahabat kerana Allah, MAAFKANLAH dirinya..
✿~ Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah KELEMAHAN dan SIKAPNYA, seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum..
Jika kamu mengidamkan seorang SAHABAT SEJATI, maka BERUSAHALAH menjadi sahabat sejati kepada orang lain..InsyaAllah…♥
>>

-ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan...
♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak,
♥ Dlm 2 hati, Allah berikan 3 rasa = sayang,kasih & cinta...
♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan, berteman, berkawan & bertemU/bErsama...
♥ Dlm 4 tujuan itu,tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi,
♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai & mengingati.
♥ Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu "SAHABAT.." :)

aq hrp korng sudi maafkn aq kalo aq ader wat slah aper2 kat korng......n aq hope prshbtn kiter ni akn kekal smpai ke ank cucu.....amin....


                                                                               


PERPISAHAN YG MEMBAWA REDHA ILAHI


-Setiap kali terkenangkn diri sahabat...
-Hati ini terdetik,mengapa perlunya Perpisahan diatas Pertemuan yg indah ini..
-Pertemuan yg mengulit Sejuta Kenangan..
-Pertemuan yg menjalinkan Ukhuwah Persahabatan..
-Pertemuan yg mewujudkan Kasih Sayang..
-Pertemuan yang menjadi Idaman setiap insan..
-Pertemuan yg membawa keredhaan Ilahi..
-Namun Sahabat,perlu kita sedari..
-Setiap Pertemuan itu,pasti wujudnya Perpisahan..
-Mungkin Perpisahan yg membawa kpd Kebaikan..
-Perpisahan yg mengeratkan tali Persaudaraan...
-Perpisahan yg menyedarkan kita betapa pentingnya Persahabatan..
-Perpisahan yg membawa Keredhaan Ilahi...
-Perpisahan yg membawa Perubahan ke jalan yg Benar..
-Diharapkan Perpisahan yg terjadi antara kita akan menguatkan ukhuwah antara kita..

Never forget Me n Allah..

Will miss U always My Friends..

Wednesday, July 17, 2013

Peristiwa Hari Kebangkitan

Assalamualaikum  warahmatullahhi wabarakatuh...
sedikit perkongsian dr ana yg di ambil dr sumber yg laen..semoga same2 kite mndpt ilmu sbagai peringatan dr perkongsian ini..
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Saturday, July 13, 2013

Ziarah Sahabat2 Mujahadah..^_^

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ana panjatkan kehadrat Ilahi kerana dgn limpah Rahmat dan KurniaNya ana diizinkan untuk pulang ke Melaka setelah sebulan di perantauan(sebulan jer pown..bkan lame maner..hehe)..mmg gembira saat dpt menjejakkan kaki ke rumah..bersyukur sgt2..

Keesokan nya ana menziarah sahabat2 ana di  SMASRA yg akn menduduki peperiksaan STAM..awal gler time ana smpai 2..dlm pukul 8 lebih(kerja gile datang awal2..==') haha..ana bukan nyer saje2 nk dtg awal2..abang ana yang hendak pergi kerja..excatly,ana just tumpang die jer sebab tempat kerja die dalam daerah sekolah tu jgak..nak dipendekkan cerita..hari 2 mmg hari yang sangat bermakna dlam hidup ana..pertama kali ana berborak panjang dgan 'dia'..slama nie kami just ckap ble adet benda2 yang penting yang perlu dbincangkan jer..huhu InsyaAllah ana akan ingat kenangan ini sampai bile2..sebab mungkin selepas ini segala nya akan berubah..:(

Saat melihat sahabat2 mujahadah semua bertungkus lumus menghafal Kalam Suci dr Ilahi..tersentuh hati ana,ana mendoakan agar kalian semua dan kita bersama sentiasa berada di bawah lembayuing Rahmat dan Kasih Sayang dariNya..mereka memperbaiki hafalan mereka kerana mggu hadapan mereka akan menghadapi ujian Syafawi(salah satu cabang ujian STAM)..kemudian,kami ramai2 pergi kesurau..ada yang menyambung hafalan mereka..ada yang menunaikan solat sunat dhuha..ada juga yang merehat kan badan mereka..sungguh,tarbiah Islamiah yang kami perolehi tika ini akan kami terus Istiqamah didalamnya..

Tengah hari pula ana luangkan masa untuk berada di asrama..berjumpa dengan adik2 junior..bersembang bersama..ana terharu dengan satu luahan dari seorang adik junior.."abang wan,rindulah ngan abg wan..lamer da x nmpak..nnti saya nk jdik mcm abg la..blaja rjin2..bley msok UM ngan abg.."Subhanallah..sungguh tinggi cita2 adik ini..InsyaAllah..semoga Allah perkenan kan permohoinan adik k..Amin ya Allah..^_^

Bila petang dan abang ana jemput ana untuk pulang ke teratak kami..sebelum itu ana ada menangkap gambar sebagai kenangan bersama sahabat2 semujahadah sebelum ana pulang..semoga jalinan ukhuwah antara kita akan mendapat Keredhaan drNya dan kekal hingga kesyurgaNya..amin..^_^

#sedikit kata buat adik junior tersebut..'tuntut lah ilmu walau dimana pown dri mu berada..ilmu Allah itu sangat luas..x akan termampu kita sebagai hambaNya yang kerdil untuk memiliki kesemuanya..sedikit sahaja sudah memadai bagi kita...tajdidkan niat menuntut ilmu itu keranaNya..kerana ibu bapa mu..InsyaAllah kejayaan akan sentiasa bersamamu..^_^'
#buat 'dia'.."ana paham situasi yang sedang kita hadapi ini..ana akan cuba untuk lebih memahami diri kamu..sama2 lah kita bermuhasabah diri kembali..tenung lah diri kita kembali..carilah matlamat tujuan ukhuwah ini..sentiasalah kamu berpegang teguh dengan Kalam2 Rabbmu..ana akan menanti penjelasan dri kamu walau selama mana pown kamu memerlukan nya..hiduplah atas tujuan mencari Keredhaan dan Cinta Abadi dari Pencipta Hakiki...^_^"

buat 'dia'..

Pelayaran Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum..
sedikit luahan dari ana untuk santapan minda kita bersama..^_^

Hidup ini bagai sebuah pelayaran..pelayaran kesatu dentinasi yang hakiki..pelayaran ke satu tempat yang abadi..pelayaran ke satu matlamat yang ditujui..nama sahaja pelayaran,pasti banyak cabaran yang akan dilalui..adakala,layar mu patah..adakala,ribut melanda sehingga memusnahkan bahteramu..adakala,kau hilang arah di lautan kehidupan..tapi,adakah kau akn biarkn ia terus berlaku? tidak! sesekali tidak..bangklitlah..perbaiki layar mu..perkuatkn bahteramu..carilah kembali laluan mu..mungkin satu saat kau akn merasa bersendirian didalam pelayaran itu..muhasabah lah kembali..kemana arah pelayaranmu?? mungkin berlakunya kesilapan pada niat asal pelayaran itu..hiduplah dengan Kalam Tuhan mu..tujukan lah layar mu kearah KeredhaanNya..jgan lah kau bersimpang dr laluan ketaatan kpdNya..ingatlah,niat asal kehidupan itu yang utama..tajdidkan kembali niatmu..hiduplah kerana Rabbmu..mmg,pelayaran itu tidak mudah..namun,adakah ia akan sentiasa sukar??? saat bahteramu hampir tenggelam ke lautan kemaksiatan..carilah dimana berlaku nya kebocoran dibahteramu..mungkin saja kerosakan itu kerana kamu leka dgn duniamu,leka dgn hartamu,leka dgn perasaanmu..bangunlah,bangkitlah,sedarlah kembali..pelayaran ini hanya sementara..tempat tujuan mu itu yang akan kekal selamanya..kekal disisi Rabbul Izzati..matlamat kehidupan ini hanyalah keredhaan drNya...^_^

Tuesday, July 2, 2013

Ukhuwah Ini Demi Mendapat Keredhaan Robbul Izzati

~ ♥♥ ~ Ukhuwah Fillah Abadan Abada ~ ♥♥ ~




 baca sambil dengar..InsyaAllah terasa feeling nya..^_^

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu Indah ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

~ ♥♥ ~ Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

~ ♥♥ ~ Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

~ ♥♥ ~Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong                                                            

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

~ ♥♥ ~ Di mana letaknya ukhuwah kita?

diakui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. kita mahu ukhuwah bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, kita tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kita telah pun terikat padu.

~ ♥♥ ~ diharapkan setiap dari kita sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah soleh/ah hingga nanti apabila kita ditakdirkan berkahwin, setiap dari kita mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap dari kita sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan. amin. ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ hadis :

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim). ~ ♥♥ ~


Saturday, June 29, 2013

Bermulanya Perjalanan Hamba Meneguk Ilmu Tuhannya

Assalamualaikum..

Allahuakbar,segala puja dan puji hanya untukMu Rabbi..ana nak kongsi perasaan ana pada awal nya ketika ana diberitahu oleh Abah ana yg menyuruh ana untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia(sebelum bermulanya peperiksaan SPM)..jujur ana katakan ketika itu ana berasa malas dan tidak mahu untuk menghadapi perjuangan itu disebabkan ana telah kecewa dengan Sijil Menengah Agama yang ana duduki ketika di tingkatan 4 kerana ana mendapat keputusan yang agak mengecewakan dan memfrustkan ana walaupun keputusan itu still baek..namun,apabila ana fikirkan2 kembali kenapa tidak untuk ana sekali lagi menduduki perjuangan itu..jadi,selepas berakhirnya SPM,ana mula belajar kembali sama seperti adik2 ana yang lain..ketika kawan2 ana yang lain bekerja sementara,ana memilh untuk terus meneguk ilmuNya kerana ana berasa sangat dahagakan ilmu dariNya..tapi dahaga ini tidak akan pernah hilang kerana ana berpegang pada satu kalam senior ana "Ilmu ini,lagi banyak yang kita tahu,kita akan berasa semakin tidak tahu..kerana apa..kerana ilmu Allah itu tidak terbatas..Subhanallah"..

Ketika awal2 bermulanya perjalanan itu,ana berasa sangat sukar untuk ana menghadam ilmu2 yang telah diberikan oleh ustaz2 serta ustazah2 ana kerana ketika di tingkatan 5,ana tak ambil peduli sangat dengan pelajaran Diniah di sekolah ana,ana lebih fokus pada pelajaran akademik ana kerana ana akan menghadapi SPM pada tahun itu..serius ana katakan,ana menyesal kerana tidak menyeimbangkan kedua-duanya sekali..tapi apakan daya ana,semuanya sudah terjadi..

Jadi,dengan langkah yang tertatih2 dan perlahan2..ana cuba untuk meneruskan perjalanan yang sukar itu..Alhamdulillah,walaupun payah..ana dihadirkan dengan sahabat2 dan teman2 seperjuangan yang sentiasa disisi ana menghadapi laluan penuh kepahitan itu..hum(bahasa arab yang bermaksud 'mereka') adalah adnin,hanzolah,umai,aiman,sarah,qila,hanisah,muslim,izzaty,ain.. dan semua lah..jazakallahu khairan jaza'..ana sangat menghargai bantuan kalian..

Namun,laluan mujahadan itu memang tidak pernah mudah kan..ketika ana sedang merasai kemanisan ukhuwah yang terjalin dengan sahabat2 ana..gelombang melanda dengan tidak disangka2..saat itu,ana berasa lemah dan memerlukan kekuatan dariNya..Alhamdulillah..Allah telah mengurniakan ana seorang sahabat yang sentiasa memberi ana kekuatan dan jalan untuk ana keluar dari aral tersebut..syukran sangat ana ucapkan kepada sahabat tersebut Cahaya Adnin..walaupun kita baru sebulan dua berkenalan,kemanisan ukhuwah yang terjalin antara kita membuatkan ana merasa sudah lama bersahabat dengan anta..segalanya dipermudahkan olehNya dan masalah ana berjaya dirungkaikan..kembalinya kekuatan dalam diri ana dan terasa ringan beban ana..

Sekali lagi ana diberi ujian yang lebih besar,lebih hebat,lebih sukar dariNya..Allahuakbar!! ana telah mengalami kemalangan (seperti yang ana ceritakan dalam entri sebelum ini)..dan selamat tinggal perjalanan STAM..ana pergi dengan hati yang sangat berat dan pedih..

Takdir yang telah tertulis buat ana di Luh MahfuzNya..ana meneruskan perjalanan meneguk ilmu dariNya dengan corak yang berbeza..dugaan,cabaran dan mehnah yang bakal ana hadapi sudah tentunya lebih besar dan parah..namun,selagi diri ini bergelar hambaNya..selagi itulah kaki ini akan melangkah..demi matlamat yang satu..keredhaan Rabbku..^_^

p/s:buat sahabat2 perjuangan ana di STAM..jangan pernah menyerah dalam meneruskan perjuangan kita kerana Allah sentiasa bersama hamba2Nya yang berjuang dijalanNya..Uhibbukumfillah abada..<3

Tragedi Berdarah Yang Mengubah Corak Perjuangan

Assalamualaikum w.b.t..

Memang gempak an tajuk die..huhu Sebenarnya ana hendak bercerita mengenai satu kejadian yang menimpa ana sehingga ana terpaksa meniggalkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia yang sedang ana hadapi..ceritanya begini..jeng3..hehe

Pada tarikh 10 Mac 2013..hari dimana berlaku nya hujan(boleh tahan lebat juga lah) ana telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta..ketika itu ana menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ana dari membeli keperluan asrama ana dan ana sempat berjumpa dengan seorang kawan ana..perlanggaran itu berlaku ketika ana mengambil selekoh..tak silap ana,ana ada terlanggar sesuatu yang menyebabkan motosikal ana hilang kawalan dan terjatuh..betapa besar ujian Ilahi buat ana,ana telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika ana terjatuh dari motosikal ana kerana ana jatuh dalam laluan nya..astaghfirullah..akibat dari kemalangan itu,ana telah mengalami patah kaki kiri dan satu tulang belakang ana serta beberapa jahitan ditubuh ana..Alhamdulillah dengan Rahmat dan Kasih Sayang dariNya..kecederaan di tulang blakang ana tidak menyentuh saraf ana..

Sesudah kemalangan itu,ana hanya duduk dirumah dan berehat hingga lah kecederaan ana betul2 sembuh..tp sayang nya,ana terpaksa melupakan hasrat ana untuk menduduki peperiksaan STAM kerana ana telah meninggalkan pelajaran ana selama 3 bulan!! lame tu..sape sanggup amek risiko..huhu tp perasaan hiba dan sedih yang ana hadapi hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..
perasaan hati ana tersangat lah berat untuk meninggalkan sahabat2 perjuangan ketika itu..

Apabila keputusan UPU hasil dari pemohonan ana menunjukkan yang ana telah berjaya dalam interview untuk menjadi seorang pelajar di Universiti Malaya..ana telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu..tapi ana tahu,kehidupan di Universiti mmg lebih besar dugaan dan cabarannya yang perlu ana hadapi..namun dengan lafaz yang mulia "Bismillahhirrahman nirrahim" ana terus melangkah untuk menghadapi ujian2 itu..

Walaupun ana sedar kos pengajian yang ana ambil ini jauh berbeza dari pengajian agama yang telah ana pelajari selama 13 tahun(semenjak tadika)..namun,tekad ana tetap satu..Perjuangan Ini Untuk Mendapat Keredhaan DariNya..sebab itulah ana memberi tajuk sebegitu..huhu

Buat sahabat2 perjuangan ana yang meneruskan perjuangan kita itu,mahupun tidak..tekad kan lah hati antum semua untuk memperjuangkan Kalimah TauhidNya walaupun coarak perjuangan kita sama sekali berbeza..Keredhaan Nya adalah matlamat perjuanagan ini..

Akhir kalam..perjuangan tanpa teman disisi ibarat berjalan dilorong yang gelap tanpa nur..Uhibbukumfillah ^_^

Bicara Seorang Teman

Ini adalah ucapan-ucapan seorang sahabat ana kepada ana.Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua..^_^


-Wahai hamba Allah..lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkanlah pendirian kamu..sepanjang hidup dan usia kamu jangan mudah putus asa..senyuman yang kamu berikan..dan air mata yang kamu titiskan..simpan..jadikan tauladan..segala yang kamu pandang dan dengar..simpan..buat pedoman..^_^

-Ya Allah..
Sayang Kamu Sahabatku..<3
 Sahabat saya buah hati saya..
 Mesra kami penawar duka..
 Rindu kami menambah kasih dan sayang..
 Rajuk kami membuah ceria..
 Ya Allah..
 Silaturrahim kami Ukhuwah fillah..
 Bermusuh kami Nauzubillah..
 Berpisah mati Innalillah..
 Pengubat hati Doa Rabitah
 Ya Allah..
 Rahmati kami meniti usia..
 Berkekalan hingga ke Syurga..
 Selamanya kamu sahabatku..^_^


Kehidupan Seorang Hamba

Assalamualaikum w.b.t..

Berbicara mengenai kehidupan kita pasti akan mngaitkan nya dengan kematian.Kerana apa? Kerana kematian itu sangat hampir dengan kehidupan.Setiap yang hidup pasti akan mati.Allah S.W.T berfiman dalam kalam nya yg suci: "Kullu nafsin za ikatul maut"..

Apa yg ingin ana bicarakan disini ialah,bagaimanakah kita sebagai seorang hamba kepada Pencipta menjalani kehidupan sementara yang dikurniakan kepada kita.Adakah kita melalui nya dengan melakukan perkara yang sia-sia? hidup hanya untuk berseronok? hidup hanya untuk bercinta? atau hidup hanya untuk makan?sesekali tidak seharusnya begitu.Kehidupan ini membawa erti yang sangat besar.Dan matlamat sesuatu kehidupan itu adalah untuk mendapat keredhaan dari Yang Khaliq.Kita diberi nyawa didunia ini untuk menjadi hamba kepadaNya.Hamba yang memperhambakan diri nya kepada Tuhannya.sentiasa bersujud dan beribadah kepadaNya.Kita perlulah sentiasa mengkoreksi diri,untuk apa kita diutuskan didunia ini? Allah telah menjelaskannya dengan berfirman yg bermaksud:

"Tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan hanya untuk beribadah kepadaKu".. 

Subahanallah..sesungguhnya kita hidup didunia ini hanya untuk beribadah kepadaNya.tetapi tidaklah ana maksudkan untuk tidak pelu makan,minum,tidur or sebagai nya..melainkan yang ana maksudkan ialah janganlah kita sis-sia kan kehidupan kita hingga tidak mahu mentaatiNya dan membelakangkan AgamaNya..
kembalilah kita kepadaNya.Cermin kembali sebab musabab kehidupan kita didunia ini.Kerana kehidupan ini hanya sementara,dan kehidupan kita di Akhirat sana nanti merupakan matlamat arah tujuan kita..Jangan lah kita terlalu sibuk dengan kehidupan dunia yg singkat ini.Marilah mengejar RedhaNya dalam kehidupan kita yg sementara ini..

Akhir kalam..janganlah kita terus hanyut dibuai keasyikan dunia hingga menjauh dariNya..^_^