Assalamualaikum w.b.t..
Memang gempak an tajuk die..huhu Sebenarnya ana hendak bercerita mengenai satu kejadian yang menimpa ana sehingga ana terpaksa meniggalkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia yang sedang ana hadapi..ceritanya begini..jeng3..hehe
Pada tarikh 10 Mac 2013..hari dimana berlaku nya hujan(boleh tahan lebat juga lah) ana telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta..ketika itu ana menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ana dari membeli keperluan asrama ana dan ana sempat berjumpa dengan seorang kawan ana..perlanggaran itu berlaku ketika ana mengambil selekoh..tak silap ana,ana ada terlanggar sesuatu yang menyebabkan motosikal ana hilang kawalan dan terjatuh..betapa besar ujian Ilahi buat ana,ana telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika ana terjatuh dari motosikal ana kerana ana jatuh dalam laluan nya..astaghfirullah..akibat dari kemalangan itu,ana telah mengalami patah kaki kiri dan satu tulang belakang ana serta beberapa jahitan ditubuh ana..Alhamdulillah dengan Rahmat dan Kasih Sayang dariNya..kecederaan di tulang blakang ana tidak menyentuh saraf ana..
Sesudah kemalangan itu,ana hanya duduk dirumah dan berehat hingga lah kecederaan ana betul2 sembuh..tp sayang nya,ana terpaksa melupakan hasrat ana untuk menduduki peperiksaan STAM kerana ana telah meninggalkan pelajaran ana selama 3 bulan!! lame tu..sape sanggup amek risiko..huhu tp perasaan hiba dan sedih yang ana hadapi hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..
perasaan hati ana tersangat lah berat untuk meninggalkan sahabat2 perjuangan ketika itu..
Apabila keputusan UPU hasil dari pemohonan ana menunjukkan yang ana telah berjaya dalam interview untuk menjadi seorang pelajar di Universiti Malaya..ana telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu..tapi ana tahu,kehidupan di Universiti mmg lebih besar dugaan dan cabarannya yang perlu ana hadapi..namun dengan lafaz yang mulia "Bismillahhirrahman nirrahim" ana terus melangkah untuk menghadapi ujian2 itu..
Walaupun ana sedar kos pengajian yang ana ambil ini jauh berbeza dari pengajian agama yang telah ana pelajari selama 13 tahun(semenjak tadika)..namun,tekad ana tetap satu..Perjuangan Ini Untuk Mendapat Keredhaan DariNya..sebab itulah ana memberi tajuk sebegitu..huhu
Buat sahabat2 perjuangan ana yang meneruskan perjuangan kita itu,mahupun tidak..tekad kan lah hati antum semua untuk memperjuangkan Kalimah TauhidNya walaupun coarak perjuangan kita sama sekali berbeza..Keredhaan Nya adalah matlamat perjuanagan ini..
Saturday, June 29, 2013
Tragedi Berdarah Yang Mengubah Corak Perjuangan
Posted by Unknown at 11:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment