BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 29, 2013

Bermulanya Perjalanan Hamba Meneguk Ilmu Tuhannya

Assalamualaikum..

Allahuakbar,segala puja dan puji hanya untukMu Rabbi..ana nak kongsi perasaan ana pada awal nya ketika ana diberitahu oleh Abah ana yg menyuruh ana untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia(sebelum bermulanya peperiksaan SPM)..jujur ana katakan ketika itu ana berasa malas dan tidak mahu untuk menghadapi perjuangan itu disebabkan ana telah kecewa dengan Sijil Menengah Agama yang ana duduki ketika di tingkatan 4 kerana ana mendapat keputusan yang agak mengecewakan dan memfrustkan ana walaupun keputusan itu still baek..namun,apabila ana fikirkan2 kembali kenapa tidak untuk ana sekali lagi menduduki perjuangan itu..jadi,selepas berakhirnya SPM,ana mula belajar kembali sama seperti adik2 ana yang lain..ketika kawan2 ana yang lain bekerja sementara,ana memilh untuk terus meneguk ilmuNya kerana ana berasa sangat dahagakan ilmu dariNya..tapi dahaga ini tidak akan pernah hilang kerana ana berpegang pada satu kalam senior ana "Ilmu ini,lagi banyak yang kita tahu,kita akan berasa semakin tidak tahu..kerana apa..kerana ilmu Allah itu tidak terbatas..Subhanallah"..

Ketika awal2 bermulanya perjalanan itu,ana berasa sangat sukar untuk ana menghadam ilmu2 yang telah diberikan oleh ustaz2 serta ustazah2 ana kerana ketika di tingkatan 5,ana tak ambil peduli sangat dengan pelajaran Diniah di sekolah ana,ana lebih fokus pada pelajaran akademik ana kerana ana akan menghadapi SPM pada tahun itu..serius ana katakan,ana menyesal kerana tidak menyeimbangkan kedua-duanya sekali..tapi apakan daya ana,semuanya sudah terjadi..

Jadi,dengan langkah yang tertatih2 dan perlahan2..ana cuba untuk meneruskan perjalanan yang sukar itu..Alhamdulillah,walaupun payah..ana dihadirkan dengan sahabat2 dan teman2 seperjuangan yang sentiasa disisi ana menghadapi laluan penuh kepahitan itu..hum(bahasa arab yang bermaksud 'mereka') adalah adnin,hanzolah,umai,aiman,sarah,qila,hanisah,muslim,izzaty,ain.. dan semua lah..jazakallahu khairan jaza'..ana sangat menghargai bantuan kalian..

Namun,laluan mujahadan itu memang tidak pernah mudah kan..ketika ana sedang merasai kemanisan ukhuwah yang terjalin dengan sahabat2 ana..gelombang melanda dengan tidak disangka2..saat itu,ana berasa lemah dan memerlukan kekuatan dariNya..Alhamdulillah..Allah telah mengurniakan ana seorang sahabat yang sentiasa memberi ana kekuatan dan jalan untuk ana keluar dari aral tersebut..syukran sangat ana ucapkan kepada sahabat tersebut Cahaya Adnin..walaupun kita baru sebulan dua berkenalan,kemanisan ukhuwah yang terjalin antara kita membuatkan ana merasa sudah lama bersahabat dengan anta..segalanya dipermudahkan olehNya dan masalah ana berjaya dirungkaikan..kembalinya kekuatan dalam diri ana dan terasa ringan beban ana..

Sekali lagi ana diberi ujian yang lebih besar,lebih hebat,lebih sukar dariNya..Allahuakbar!! ana telah mengalami kemalangan (seperti yang ana ceritakan dalam entri sebelum ini)..dan selamat tinggal perjalanan STAM..ana pergi dengan hati yang sangat berat dan pedih..

Takdir yang telah tertulis buat ana di Luh MahfuzNya..ana meneruskan perjalanan meneguk ilmu dariNya dengan corak yang berbeza..dugaan,cabaran dan mehnah yang bakal ana hadapi sudah tentunya lebih besar dan parah..namun,selagi diri ini bergelar hambaNya..selagi itulah kaki ini akan melangkah..demi matlamat yang satu..keredhaan Rabbku..^_^

p/s:buat sahabat2 perjuangan ana di STAM..jangan pernah menyerah dalam meneruskan perjuangan kita kerana Allah sentiasa bersama hamba2Nya yang berjuang dijalanNya..Uhibbukumfillah abada..<3

0 comments: