Assalamualaikum..
Allahuakbar,segala puja dan puji hanya untukMu Rabbi..ana nak kongsi perasaan ana pada awal nya ketika ana diberitahu oleh Abah ana yg menyuruh ana untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia(sebelum bermulanya peperiksaan SPM)..jujur ana katakan ketika itu ana berasa malas dan tidak mahu untuk menghadapi perjuangan itu disebabkan ana telah kecewa dengan Sijil Menengah Agama yang ana duduki ketika di tingkatan 4 kerana ana mendapat keputusan yang agak mengecewakan dan memfrustkan ana walaupun keputusan itu still baek..namun,apabila ana fikirkan2 kembali kenapa tidak untuk ana sekali lagi menduduki perjuangan itu..jadi,selepas berakhirnya SPM,ana mula belajar kembali sama seperti adik2 ana yang lain..ketika kawan2 ana yang lain bekerja sementara,ana memilh untuk terus meneguk ilmuNya kerana ana berasa sangat dahagakan ilmu dariNya..tapi dahaga ini tidak akan pernah hilang kerana ana berpegang pada satu kalam senior ana "Ilmu ini,lagi banyak yang kita tahu,kita akan berasa semakin tidak tahu..kerana apa..kerana ilmu Allah itu tidak terbatas..Subhanallah"..
Ketika awal2 bermulanya perjalanan itu,ana berasa sangat sukar untuk ana menghadam ilmu2 yang telah diberikan oleh ustaz2 serta ustazah2 ana kerana ketika di tingkatan 5,ana tak ambil peduli sangat dengan pelajaran Diniah di sekolah ana,ana lebih fokus pada pelajaran akademik ana kerana ana akan menghadapi SPM pada tahun itu..serius ana katakan,ana menyesal kerana tidak menyeimbangkan kedua-duanya sekali..tapi apakan daya ana,semuanya sudah terjadi..
Jadi,dengan langkah yang tertatih2 dan perlahan2..ana cuba untuk meneruskan perjalanan yang sukar itu..Alhamdulillah,walaupun payah..ana dihadirkan dengan sahabat2 dan teman2 seperjuangan yang sentiasa disisi ana menghadapi laluan penuh kepahitan itu..hum(bahasa arab yang bermaksud 'mereka') adalah adnin,hanzolah,umai,aiman,sarah,qila,hanisah,muslim,izzaty,ain.. dan semua lah..jazakallahu khairan jaza'..ana sangat menghargai bantuan kalian..
Namun,laluan mujahadan itu memang tidak pernah mudah kan..ketika ana sedang merasai kemanisan ukhuwah yang terjalin dengan sahabat2 ana..gelombang melanda dengan tidak disangka2..saat itu,ana berasa lemah dan memerlukan kekuatan dariNya..Alhamdulillah..Allah telah mengurniakan ana seorang sahabat yang sentiasa memberi ana kekuatan dan jalan untuk ana keluar dari aral tersebut..syukran sangat ana ucapkan kepada sahabat tersebut Cahaya Adnin..walaupun kita baru sebulan dua berkenalan,kemanisan ukhuwah yang terjalin antara kita membuatkan ana merasa sudah lama bersahabat dengan anta..segalanya dipermudahkan olehNya dan masalah ana berjaya dirungkaikan..kembalinya kekuatan dalam diri ana dan terasa ringan beban ana..
Sekali lagi ana diberi ujian yang lebih besar,lebih hebat,lebih sukar dariNya..Allahuakbar!! ana telah mengalami kemalangan (seperti yang ana ceritakan dalam entri sebelum ini)..dan selamat tinggal perjalanan STAM..ana pergi dengan hati yang sangat berat dan pedih..
Takdir yang telah tertulis buat ana di Luh MahfuzNya..ana meneruskan perjalanan meneguk ilmu dariNya dengan corak yang berbeza..dugaan,cabaran dan mehnah yang bakal ana hadapi sudah tentunya lebih besar dan parah..namun,selagi diri ini bergelar hambaNya..selagi itulah kaki ini akan melangkah..demi matlamat yang satu..keredhaan Rabbku..^_^
Saturday, June 29, 2013
Bermulanya Perjalanan Hamba Meneguk Ilmu Tuhannya
Posted by Unknown at 6:03 PM 0 comments
Tragedi Berdarah Yang Mengubah Corak Perjuangan
Assalamualaikum w.b.t..
Memang gempak an tajuk die..huhu Sebenarnya ana hendak bercerita mengenai satu kejadian yang menimpa ana sehingga ana terpaksa meniggalkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia yang sedang ana hadapi..ceritanya begini..jeng3..hehe
Pada tarikh 10 Mac 2013..hari dimana berlaku nya hujan(boleh tahan lebat juga lah) ana telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta..ketika itu ana menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ana dari membeli keperluan asrama ana dan ana sempat berjumpa dengan seorang kawan ana..perlanggaran itu berlaku ketika ana mengambil selekoh..tak silap ana,ana ada terlanggar sesuatu yang menyebabkan motosikal ana hilang kawalan dan terjatuh..betapa besar ujian Ilahi buat ana,ana telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika ana terjatuh dari motosikal ana kerana ana jatuh dalam laluan nya..astaghfirullah..akibat dari kemalangan itu,ana telah mengalami patah kaki kiri dan satu tulang belakang ana serta beberapa jahitan ditubuh ana..Alhamdulillah dengan Rahmat dan Kasih Sayang dariNya..kecederaan di tulang blakang ana tidak menyentuh saraf ana..
Sesudah kemalangan itu,ana hanya duduk dirumah dan berehat hingga lah kecederaan ana betul2 sembuh..tp sayang nya,ana terpaksa melupakan hasrat ana untuk menduduki peperiksaan STAM kerana ana telah meninggalkan pelajaran ana selama 3 bulan!! lame tu..sape sanggup amek risiko..huhu tp perasaan hiba dan sedih yang ana hadapi hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..
perasaan hati ana tersangat lah berat untuk meninggalkan sahabat2 perjuangan ketika itu..
Apabila keputusan UPU hasil dari pemohonan ana menunjukkan yang ana telah berjaya dalam interview untuk menjadi seorang pelajar di Universiti Malaya..ana telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu..tapi ana tahu,kehidupan di Universiti mmg lebih besar dugaan dan cabarannya yang perlu ana hadapi..namun dengan lafaz yang mulia "Bismillahhirrahman nirrahim" ana terus melangkah untuk menghadapi ujian2 itu..
Walaupun ana sedar kos pengajian yang ana ambil ini jauh berbeza dari pengajian agama yang telah ana pelajari selama 13 tahun(semenjak tadika)..namun,tekad ana tetap satu..Perjuangan Ini Untuk Mendapat Keredhaan DariNya..sebab itulah ana memberi tajuk sebegitu..huhu
Buat sahabat2 perjuangan ana yang meneruskan perjuangan kita itu,mahupun tidak..tekad kan lah hati antum semua untuk memperjuangkan Kalimah TauhidNya walaupun coarak perjuangan kita sama sekali berbeza..Keredhaan Nya adalah matlamat perjuanagan ini..
Posted by Unknown at 11:11 AM 0 comments
Bicara Seorang Teman
Ini adalah ucapan-ucapan seorang sahabat ana kepada ana.Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua..^_^
![]() |
Sayang Kamu Sahabatku..<3 |
Posted by Unknown at 10:08 AM 0 comments
Kehidupan Seorang Hamba
Assalamualaikum w.b.t..
Berbicara mengenai kehidupan kita pasti akan mngaitkan nya dengan kematian.Kerana apa? Kerana kematian itu sangat hampir dengan kehidupan.Setiap yang hidup pasti akan mati.Allah S.W.T berfiman dalam kalam nya yg suci: "Kullu nafsin za ikatul maut"..
Apa yg ingin ana bicarakan disini ialah,bagaimanakah kita sebagai seorang hamba kepada Pencipta menjalani kehidupan sementara yang dikurniakan kepada kita.Adakah kita melalui nya dengan melakukan perkara yang sia-sia? hidup hanya untuk berseronok? hidup hanya untuk bercinta? atau hidup hanya untuk makan?sesekali tidak seharusnya begitu.Kehidupan ini membawa erti yang sangat besar.Dan matlamat sesuatu kehidupan itu adalah untuk mendapat keredhaan dari Yang Khaliq.Kita diberi nyawa didunia ini untuk menjadi hamba kepadaNya.Hamba yang memperhambakan diri nya kepada Tuhannya.sentiasa bersujud dan beribadah kepadaNya.Kita perlulah sentiasa mengkoreksi diri,untuk apa kita diutuskan didunia ini? Allah telah menjelaskannya dengan berfirman yg bermaksud:

kembalilah kita kepadaNya.Cermin kembali sebab musabab kehidupan kita didunia ini.Kerana kehidupan ini hanya sementara,dan kehidupan kita di Akhirat sana nanti merupakan matlamat arah tujuan kita..Jangan lah kita terlalu sibuk dengan kehidupan dunia yg singkat ini.Marilah mengejar RedhaNya dalam kehidupan kita yg sementara ini..
Akhir kalam..janganlah kita terus hanyut dibuai keasyikan dunia hingga menjauh dariNya..^_^
Posted by Unknown at 2:57 AM 0 comments